Tuesday, 4 June 2013

BERMULANYA SATU PERJUANGAN / THE BEGINNIG

   Pihak Kerajaan sedar mengenai ancama PKM ini dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada ketika itu, Allahyarham Tun Dr. Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman mencadangkan agar pihak Pasukan Polis Hutan menubuhkan satu unit khusus bagi menangani masalah tersebut. Unit ini adalah sebuah ‘Task Force’ atau unit baru yang dibangungkan untuk menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) dan MNLA secara bukan konvensional. Apa yang diketengahkan oleh Tun Dr. Ismail ketika itu ialah mengunakan taktik dan teknik perang gerila untuk menumpaskan pasukan gerila, atau secara mudah, mengaplikasikan doktrin, cara operasi dan taktik medan tempur yang sama diguna pakai oleh pihak musuh ketika itu untuk menumpaskannya.
  
  Bagi merealisasikan perkara ini pada 1968 satu tim perintis telah dihantar ke Kem Sebatang Karah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka telah dilatih oleh pasukan Rejimen Gerak Khas, Tentera Darat Malaysia. 52 anggota dari Kem Ulu Kinta yang menyertai latihan ini akan membentuk satu unit elit yang bakal dinamakn sebagai ‘Pasukan Gerak Khas’atau PGK. Latihan yang dilaksanakan adalah amat mencabar dn setelah tempoh waktu tersebut tamat, dua anggota telah terkorban akibat kemalangan sewaktu latihan manakala hanya Sembilan Berjaya menamatkan kursus. Dari jumlah tersebut hanya tiga individu sahaja yang dianggap lulus.

  
   Ini bermakna projek penubuhan PGK dianggap gagal kerana jumlah anggota yang layak tidak mencukupi, walaupun untuk membentuksebuah platun.

   Penubuhan unit khas ini kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri serta Kententeraman Awam di Bukit Aman iaitu Dato' Merican Sutan. Beliau pernah melihat peranan yang dimainkan oleh unit-unit kecil pasukan khas tentera British atau lebih terkenal dengan nama Rejimen 22 SAS menentang gerila Komunis ketika Darurat I. berdasarkan pengalaman ini, Dato' Merican Sutan telah meminta agar stu detasmen kecil tenaga pengajar dari SAS dipinjamkan oleh pihak British unutk melatih anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang bakal membentuk satu pasukan peperangan khusus.

   Bagi mencari individu-individu yang benar-benar layak untuk menyertai unit elit dari kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia bukanlah satu perkara mudah. Seramai 1,600 orang pegawai dan anggota PPH (Pasukan Polis Hutan) telah menghadiri pemilihan awal yang dikendalikanoleh Rejimen 22, British Special Air Service secara sukarela, tetapi cuma seramai 60 orang sahaja yang lulus untuk mengikuti kursus asas Komando yang dikendalikan di Fort Kemar, satu kawasan pendalaman di Perak. Kawasan ini hakikatnya adalah sebuah kawasan operasi yang dianggap 'aktif' sehinggakan bekalan logistik dan anggota hanya boleh dihantar dengan selamat melalui jalan udara. Setelah latihan berakhir, hanya seramai 36 orang pegawai dan anggota sahaja yang layak terpilih menyertai unit baru ini. British SAS terus melatih unit ini bagi tujuan pembesarannya sehingga New Zealand SAS pula mengambil alih tugas sama bermula pada tahun 1976.






No comments:

Post a Comment