Tuesday, 4 June 2013

SEJARAH / HISTORY

   Pada 16 jun 1948 keadaan darurat telah diisytiharkan di Perakdan kemudiannya ke seluruh Malaya setelah beberapa siri serangan dan pembunuhan dilakukan oleh anggota-anggota gerila Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap beberapa pemilik lading getah berketurunan Inggeris. Konflik seterusnya menyaksikan bagaimana tentera British, Komenwel dan pasukan Polis Malaya terlibat dalam kempen peperangan gerila di kampung, pekan, bandar dan hutan belantara selama 12 tahun. Menjelang 1960, gerila PKM dipaksa berundur ke Selatan Thailand setelah mengalami kekalahan serta gagal menyakinkan rakyat agar bertindak bangun menentang pihak berkuasa. Ini kerana pada 1957, London telah bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya dan retorik bahawa pihak berkuasa bersekongkol dengan penjajah agar Negara ini terus berada di bawah penguasaan British tidak lagi diterima umum. Kekuatan sayap bersenjata PKM  juga merosot kepada kurang dari 800 anggota. Kira-kira 6000 anggota mereka terbunuh dalam tempoh 12 tahun sepanjang Darurat yang dikenali sebagai Darurat I tersebut. Pada 13 Julai 1960 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengistiharkan tamatnya Darurat I.



  Setelah melaksanakan kajian dan pos-mortem terhadap sebab-sebab kegagalan Darurat I, PKM telah membina semula kem mereka di Selatan Thailand. Mereka melancarkan inisiatif baru dalam usaha untuk mengembalikan perjuangan di Negara yang kini dinamakan Malaysia. Salah satu faktor yangmembuatkan pihak PKM merasa ghairah untuk melancarkan satu lagi pemberontakan bersenjata adalah kerana mereka melihat kejayaan gerila Vietcing di Vietnam Selatan dalam menghadapi kekuatan tentera Amerika yang merupakan sebuah kuasa dunia. Usaha menghidupkan pemberontakan bersenjata bermula pada 1966 dengan pembinaan markas dan pos-pos kawalan MNLA (Malayan National Liberation Army) yang merupakan sayap bersenjata PKM di kawasan sempadan Malaysia/Thailand. Antara 1966 dan 67, kira-kira 90 kem MNLA telah Berjaya dikesan pihak berkuasa. Unit-unit kecil peninjau MNLA juga dihantar ke Perak dan Kedah untuk menguji tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa. Berkeyakinan dengan kekuatan barudan kawasan perlindungan selamat di selatan Thailand, pada 17 Jun 1968, MNLA telah melakukan satu serangan hendap terhadap konvoi kenderaan Pasukan Polis Hutan daripada Batalion Pertama yang berpangkalan di Ulu Kinta yang ketika itu sedang melalui jalan di Kroh-Betong, utara Perak. Dalam kejadian ini lima buah kenderaan polis yang bergerak perlahan membawa anggota yang bakal menyertai operasi ‘OPS SAWADEE SALAM’ di serang hendap mengakibatkan 17 anggota polis terbunuhdan 16 lagi tercedera. Ini adalah titik hitam menandakan bermulanya Darurat II yang bakal berterusan selama 20 tahun.


POLIS DIRAJA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment